Pahang GIS Logo
UTAMA VISI

Visi

Visi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dirangka bagi mencapai aspirasi dan kehendak daripada pihak Stakeholder dan Pelanggan. Ini adalah penting bagi menjamin halatuju dan matlamat akhir sistem penyampaian perkhidmatan akan memberi impak yang tinggi kepada kumpulan sasaran.

Justeru itu, Visi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ialah:

Visi

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang perlu berada selangkah ke hadapan daripada organisasi lain dalam usaha mentadbir negeri dan menjadi model yang ulung dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Dalam hal ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang perlu sentiasa memastikan kekal berada sebagai peneraju pentadbiran di peringkat negeri dalam membuat keputusan bagi kepentingan rakyat dan pembangunan sosioekonomi Negeri Pahang Darul Makmur.

Transformasi perkhidmatan awam merupakan satu bentuk pusingan yang perlu dilaksanakan sepanjang masa bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan awam kekal berdaya saing dan mencapai standard yang dikehendaki oleh stakeholder dan pelanggan.

Kejayaan pelaksanaan visi perlulah disokong dengan kualiti mutu perkhidmatan yang terbaik menerusi penyediaan dan pemilikan modal insan yang berkualiti yang memiliki nilai-nilai integriti yang terpuji. Tempoh masa 5 tahun ditetapkan bermula pada tahun 2022 hingga 2025 adalah sasaran yang rasional sejajar dengan visi di peringkat nasional untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.