Pahang GIS Logo
UTAMA PENGENALAN MYGDI NEGERI PENGENALAN MYGDI

Pengenalan MYGDI

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mempunyai visi untuk menjadi organisasi bertaraf dunia dalam penyampaian perkhidmatan, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan GIS dilihat sebagai satu alat atau pemboleh upaya yang sangat berkesan untuk mencapai visi tersebut. Negeri Pahang merupakan antara negeri yang terawal di Malaysia yang melaksanakan pembangunan GDI melalui program Infrastruktur Data Geospatial Malaysia (MyGDI) yang dikoordinasikan oleh Pusat Geospatial Negara (PGN).

Untuk menjayakan program MyGDI tersebut, pembangunan GDI Pahang hendaklah dilaksanakan dengan sistematik dan mampan meliputi lima (5) elemen penting pembangunan iaitu Personel, Data, Perisian, Perkakasan dan Prosedur.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan Infrastruktur Data Geospatial (GDI) di negeri Pahang telah berkembang dan mencatat peningkatan dari segi prestasi. Oleh itu, GIS negeri Pahang sentiasa komited untuk memastikan kemampuan untuk menangani kekangan-kekangan yang timbul dalam membina kesediaan pembangunan GDI Pahang untuk memberi perkhidmatan geospatial yang terbaik secara konsisten.