Pahang GIS Logo
UTAMA MISI

Misi

Penetapan misi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah berlandaskan kepada keperluan penyediaan tadbir urus yang berkualiti, telus dan cepat yang akan menjadi tunjang dalam menghasilkan pembangunan sosioekonomi yang mampan.

Sejajar dengan hasrat tersebut, penetapan misi adalah menggabungkan keperluan 2 elemen utama iaitu tadbir urus berkualiti dan pembangunan sosioekonomi yang inklusif.

Misi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah:

Misi

Melihat kepada penetapan misi, keperluan kepada penyediaan dan pembangunan modal insan yang berkualiti dan berkebolehan merupakan aset yang sangat diperlukan bagi menjamin pelaksanaan sistem tadbir urus yang cekap, cepat dan telus menerusi nilai-nilai integriti yang tinggi, pemikiran yang kreatif dan pelaksanaan dan penghasilan inovasi yang berupaya mencorak sistem penyampaian perkhidmatan yang senantiasa memenuhi hasrat dan aspirasi pihak berkepentingan.