Pahang GIS Logo
UTAMA PENGENALAN PENGENALAN PORTAL DAN MODUL

Pengenalan GEOPORTAL

Geoportal ini dibangunkan bagi memudahkan capaian pelbagai maklumat geospatial yang amat diperlukan dalam perancangan dan pembangunan di peringkat Negeri Pahang. Melalui geoportal ini juga akan menggalakkan akses kepada maklumat geospatial yang lebih meluas di peringkat Negeri dan Daerah seterusnya dapat digunakan sebagai satu kaedah dalam memberi keputusan berasaskan spatial. Diharapkan dengan geoportal yang dibangunkan ini akan menjadi titik permulaan kepada perkhidmatan secara digital yang berasaskan pemetaan geospatial.

Pengenalan Modul

Dibahagi kepada 8 sektor utama dalam pembangunan Negeri Pahang yang terdiri daripada Alam Sekitar, Industri, Pertanian, Infrastruktur, Usahawan, Masyarakat Luar Bandar, Pelancongan serta Perladangan. Kesemua modul dilengkapi dengan maklumat lokasi beserta ringkasan setiap fitur yang diperoleh dari pelbagai Agensi termasuk dari Pejabat Kerajaan Negeri Pahang yang diolah supaya mudah difahami oleh pengguna.